BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 22, 2010

KASIHKU SELAMANYA

EPISOD 2

"Kau ingat tak hari tu kau pernah kasi aku pinjam sebuah buku..." Joe memulakan bicara.

"Ha? Bila masanya aku kasi kau pinjam buku. Kalau dah tau pinjam tu, tak reti-reti pulangkan balik ke.." Aku memang tak ingat langung tentang itu. Aku cuba fikir balik tapi masih belum dapat ingat.

"Nanti-nanti kalau aku senang, aku pulangkan pada kau.. Hey.. Cepat la. Dah lambat ni. Karang lagi lambat kau masuk office. Aku tak pe la. Hehhe…."

Aku pun apa lagi..cepat-cepat habiskan makanan aku.

Hoi!!!! Kau tak minat nak peluk Islam ke? Aku tengok semua kawan kau orang melayu. Tak de ramai yang seagama dengan kau pun yang berkawan dengan kau. Aku ni taklah baik sangat tapi kalau setakat nak tolong tu.. InsyaAllah aku boleh tolong....

Kata-kata ini masih terngiang-ngiang di telinga Joe. Wajah gadis itu juga masih terbayang-bayang di ruang matanya waktu ini. Tidak ada siapa yang menduga betapa tulusnya hati gadis itu sewaktu bercakap dengannya. Dan sungguh tak di sangka dia akan bertemu kembali dengan wajah itu.....

Ermm... Macam mana aku nak cakap dengan dia ni? Walaupun aku rapat dengan dia tapi aku dah lama tak berjumpa dengan dia. Sekarang baru beberapa bulan je berjumpa dengan dia. Adakah dia masih sudi tolong aku?

Joe masih bercakap sorang diri. Sebenarnya dia berasa serba salah untuk memberitahu gadis itu tentang hasrat murninya ini. Dari dahulu lagi. Dari mula dia terpandangkan wajah gadis itu, hatinya sudah terpikat. Kenapa? Hanya gadis itu sendiri yang dapat menjawapnya...

"Kau ni apehal Joe? Termenung je. Jom la naik. Dah pukul sembilan lebih dah ni. karang tak pasal-pasal singa garang tu pelangkung aku." Siapa lagi, Miss Prema la.

"Hah! Hehheheh... Sorry... Jom"

Sekali lagi Joe berangan. Dia tidak menyangka akan berjumpa semula dengan Shira selepas tamat pengajiannya di kolej. Satu pejabat pula tu. Selepas habis kolej, dia menyambung pengajiannya di luar negara dan mereka terputus hubungan. Tak sangka pula selepas ditawarkan bekerja di Bumi Bakti Sdn Bhd, dia dapat berjumpa semula dengan Shira yang ala ala tomboy dahulu. Tetapi sekarang dia sudah semakin ayu. Cuma satu sahaja yang tidak berubah. Cara bercakap. Masih lagi nak cakap kasar-kasar. Cuba lembut sikit. Baru la aku boleh buat isteri. Hehehehheh....

Di pejabat, Joe masih lagi termenung. segala kerja dia tak dapat nak buat. asyik terngiang2 je kata2 Shira satu ketika dulu. Memang dia berminat dengan Islam. Tetapi hati dia belum terbuka lagi. Dia juga selesa dengan cara hidup Islam. Kawan-kawannya pun semua baik-baik belaka. setakat yang dia jumpa ni, semuanya boleh diharap di masa susah dan senang. Lebih-lebih lagi si Shira tu. Walau dah lama tidak berjumpa, dia msih seorang kawan yang baik lagi. Tidak berubah sama sekali.

"hai Joe! You termenung ape tu? Ingatkan i ke?"
"Ish! You ni Cindy. Kenapa masuk bilik i tak ketuk dulu?"
"Ala.... I nak heran ape. Office cousin i jugak. Jom lunch. I lapar la."
"Hah! lunch? Sudah pukul berapa sekarang ni?”
"Pukul 12 lebih dah honey. Jom la."
"I kenyang lagi la. I had heavy breakfast this morning. Sorry."
"Ala.... Jom la... Please…. You selalu macam ni tau. Tak kesian ke kat i. I datang ni semata-mata nk lunch dgn you. Jom la....."
"Macam la you tak boleh jumpa i kat rumah...."
"Kat rumah lain. I nak berdua dengan you je. Lagipun i kan tak lama kat sini. Jom la sayang....."
"Ok la... Ok la....." Dan Cindy pun tersengih bak kerang busuk. Bukan Joe tak tau. Cindy tu dari dulu lagi nak mengayat dia, tapi dia boleh anggap Cindy as a cousin je. Not more than that. Tak sesuai nak buat isteri dengan gaya hidup dia tu. Tengah bulan confirm kopak poket dia.

"Bila you balik sana Cindy?" Joe memulakan perbualan. Sebenarnya dia malas nak dengar mulut Cindy asyik berceloteh je. Sayang sana sayang sini. Dia rimas!
"Why? You nak halau i ke? Tak suka i datang sini?"
"Tak de la. Nanti mummy you bising pulak. Ye la. Dah lama you kat sini kan. Dah 2 minggu pun. Nanti dia kata apa pulak bila you macam tak ingat nak balik dah.”
"Ala... Tak de hal nye. Mummy tahu i datang rumah you. My aunty jugak kan. "
"Hmm. Ye la....."
"You ni kenapa? Macam tak suka je i ada kat sini? You takut buah hati you nampak ke? You jangan cari pasal...."
"Eh! You ni apa kes ni? Buah hati ape plak ni?"
"Ala! Macam la i tak tau perangai You tu. Merata-rata perempuan ada. Dating sana sini. Jangan lupa, you tu hak i!"
"Cakap tu betul skit ye. Masa bila pulak i ni jadi hak you. Mengarut ape you ni...."
"I nak ingatkan aje....."

Siapa pulak tu dengan Joe ni? Ish! Mak we dia ke? Tapi takkan orang baru kot? Sebelum ni tak nampak pun... Shira mula tak sedap hati. Dari cara diorang tu, nampak sangat yang diorang memang rapat. Tetapi kenapa aku tak pernah nampak pun. Cantiknya dia. Aku pun kalah.

"Hoi!! Kau ni kenapa? Jom arr ambik makanan. karang tak sempat pulak. Pukul 2 ni kena meeting lagi. Tak lalu aku nak dengar ceramah singa betina tu. Cukupla semalam dah kena."

"Kau ni kan Sarah! Tak jerkah tak boleh ke? Nasib aku ni tak de sakit jantung tau. Kalau tak dah lama aku kojol tau!!" Sambil mengurut dada, Shira dan Sarah melangkah ke buffet yang disediakan.

Hari ni sengaja diorang datang ke Restoran Rasa Sayang. Memang diorang jarang ke situ. Makanan tak seberapa sedap, mahal je lebih. Yang hairannya orang tak pernah surut. Apa yang best sangat tak tahu la. Kalau tak kerana ada meeting pukul 2 nanti jangan harap la diorang nak datang. Semalam disebabkan lewat 5 minit diorang dah kena bambu dengan Miss Prema tu.

"Aku bosan la. Tiap-tiap hari ade meeting. Nak buat apa tak tau." Sambil berjalan sambil mengomel si Sarah ni...

"Nak buat macam mana. Dah kerja kita macam tu. Marketing. So, kenala bagi result untuk semalamnye. Macam mana sales tu."

"Kau ni leh tahan kan. Dah dua tahun kat situ. Aku ni, fuh!! Baru 3 bulan dah tak lalu tau."

"Aku pun macam tu jugak dulu. Tapi dah aku minat keja ni. Dan yang ni pun yang aku study dulu. Bagi aku ok je. Satu kepuasan bila kita dapat buat tau. Bila orang berminat dengan apa yang kita buat. Dan bila ada feedback yang baik tau."

"Ye la....Ye la..... Apa-apa la.... Jom kita duduk kat situ. Ada kosong tu..." Sarah dah memuncungkan mulut dia ke satu sudut. Alamak! kenapa dekat dengan Joe ni! Macam mana ni.... Sar..... Tak sempat aku nak laung, dia dah jalan dah. Hai hati. Sabar la kau. Macam kau tak biasa nampak Joe dengan perempuan-perempuan lain... Sabarlah dikau wahai hati.

0 comments: