EPISOD 1
“Alamak! Dia dah datang!!! Dia dah sampai!!! Apa yang aku nak buat sekarang ni? Tak pe shira, tak pe. Yang penting kau tenang sekarang ni.” Aku berkata sendirian.
Aku masih lagi tidak berganjak dari tempat aku berdiri sekarang. Kedua-dua pintu lif masih belum terbuka lagi walaupun sudah ramai yang menanti. Sudah lama aku berdiri di sini. Bangunan 8 tingkat tempat aku berkhidmat selama hampir 2 tahun. Kebiasaannya dia akan datang pada pukul 8.45 pagi. Aku pula seperti biasa akan muncul di pejabat pada pukul 8.30 pagi sekiranya tidak mengambil sarapan di rumah. Pejabat kami mula beroperasi pada jam 9.00 pagi. Aku melihat jam di tangan. 8.50 pagi. Ini bermakna hampir dua puluh minit aku berdiri di sini tetapi aku menyembunyikan diri di belakang tiang. Sengaja aku berbuat demikian. Ini semua semata-mata untuk menunggu lelaki pujaan aku datang.
Berbunga-bunga rasanya perasaan aku ketika ini. Dia sudah semakin menghampiri. Aku berjalan keluar dari tempat persembunyianku dan berjalan ke arah pintu lif. Terus tercegat di sana. Aku tidak menghiraukan kedatangannya. Buat muka selamba sahaja seakan-akan tidak menyedari kedatangannya yang semakin hampir. Akhirnya dia sudahpun berdiri di belakangku. Kebetulan pintu lif terbuka kedua-duanya.
Dengan langkah ayu nan sopan persis perempuan melayu terakhir aku melangkah masuk ke dalam perut lif. Semasa dia berjalan masuk, sempat dia lemparkan senyuman menggodanya pada aku. Alamak! Cair jantung aku. Mujur tidak bertaburan di lantai. Hehhehe…..
"Engkau ni kenapa, shira? Aku tengok sopan semacam je. Dah buang tabiat ke? Atau kau demam hari ni? " Alamak! Dia tegur aku la. Hihihihi…. Sukanya!!!!!!!!
"La… Kenapa? Ikut suka aku la aku nak sopan ke tak... yang engkau nak sibuk kenapa?” Sengaja aku bersuara sebegitu.
Aku menarik muka. Tetapi hanya tarik-tarik manja, tarik-tarik ayu la. Rasa seperti terserlah kegatalanku. Dalam hati aku ketawa seperti hendak pecah perut. Konon marah tapi sebenarnya control ayu.
Aku bekerja di tingkat 5 manakala dia pula bekerja di tingkat 7. Walaupun kami berlainan tingkat, tetapi kami masih lagi di bawah satu syarikat yang sama. Si dia merupakan kawan yang telah lama aku kenali dan dia tidak tahu bahawa aku telah lama menyukainya. Dia hanya menganggap aku sebagai kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Aku sahaja yang menganggapnya lebih daripada seorang kawan. Seorang yang aku sayang.
Ini semua tidak menjadi masalah bagiku. Biar aku pendam perasaan ini seorang diri. Sudah lama aku menyukainya sejak dari zaman pembelajaran kami di kolej lagi. Tetapi aku tidak kisah semua ini dan aku suka dengan caraku yang sebegini. Kalau rahsiaku bocor dan dia mengetahuinya, aku tidak akan teragak-agak untuk berhenti. Tidak tertanggung rasanya malu bertepuk sebelah tangan. Aku tahu cinta itu tidak boleh dipaksa-paksa.
"Woit! Kau tak nak keluar ke shira? Kau nak bertapa dalam lif ni pulak ke? Ish!! Berangan je la kau tu" Hah! Sudah sampai ke? Malunya!!!! Aku berkata sendirian dalam hati. Asyik berangan tidak pilih tempat. Memang padan dengan muka aku ni.
"Yang engkau ni turun kat sini kenapa? Office kau kan kat tingkat tujuh. Sini tingkat lima la. Tau tak?" Pandainya aku cover line. Ingat senang ke nak malukan aku.
"Aku nak jumpa Miss Prema kejap. Ada hal nak kena settle. Temankan aku minum nanti. Tunggu tau" Sukanya! Dia ajak aku makan. Rasa macam nak terkeluar kupu-kupu yang sedang berterbangan dalam perut aku sekarang ini.
"Malas la aku! Aku dah sarapan kat rumah tadi. Yang kau ni kenapa tak makan lagi? Bangun lewat la tu!" Kenapa la aku tolak tuah ni. Dalam hati kata lain. Tapi di mulut keluar lain pulak. Ajak la lagi... ajak la lagi..... Aku berdoa dalam hati.
"Alah... Jom la... Belum pun pukul 9 lagi. Rileks la. Tunggu aku sekejap tau. Kejap je pun hal aku ni. 5 minit je. Ok?" Dia masih lagi memujuk.
"Banyak la engkau belum pukul 9. Dah pukul 9 tau." Aku masih lagi jual mahal. Aku hendak tengok sejauh mana dia bersungguh-sungguh mengajak aku.
“Tak pe. Jangan risau. Aku kan bos. Tak de sesiapa pun berani marah. Lagipun macam la kau tak biasa. Hahahha….”
“Ye lah. Ye lah. Cepat sikit. Aku banyak kerja hari ni.” Eceh! Serius konon. Padahal bukan main suka lagi dalam hati. Hihiihihhi.... Aku tertawa sendiri dalam hati.
"Joe... Aku rasa segan la pulak nak sarapan dengan kau ni. Nanti apa pulak orang cakap. Engkau tu siapa. Aku ni siapa. Macam-macam andaian diorang boleh buat nanti tau."
Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku rasa macam malu untuk bersarapan dengan Joseph. Bukan apa. Risau kalau-kalau ada orang yang cakap bukan-bukan pada kami. Walaupun aku sudah lama mengenali Joe tetapi orang-orang di sini masih belum mengetahui yang kami sudah lama kenal. Macam mana aku nak buat?
"Hey!!! come on la sis!!!! Apa yang kau nak segankan. Bukannya ada apa-apa pun. Diorang tu lantaklah kat diorang. Kita nak breakfast je. Bukan nak buat benda tak senonoh.... Ha.. kat situ ada meja kosong..cepat nanti orang lain duduk pulak...come!!!!"
Aku mengikut sahaja. Turut melangkah ke meja kosong yang ditunjukkan joe. Betul juga. Kami cuma bersarapan sahaja. Bukannya hendak buat perkara yang memalukan.
"Shira... Kau nak makan apa? Boleh aku ambik sekali.."
"Ermm... Aku... Aku nak makan nasi lemak sajalah. Air kau order air milo tapi kau mintak tambah ais sikit. Boleh?"
“Kau biar betul? Kata tak sarapan lagi tapi mintak nasi lemak dengan milo. Air milo?” Joe agak terkejut mendengar pesanan aku.
“Eh! Salah. Nasi lemak dengan teh o la. Sorry….” Aku ketawa kecil. Malu. Itulah padahnya kalau bercakap tanpa berfikir.
Aku sebenarnya masih belum bersarapan lagi di rumah. Selepas menumis bawang untuk goreng nasi tiba-tiba sahaja gas habis. Itu sebabnya tergendala masakanku. Lapar memanglah lapar. Tapi takkan aku nak buka rahsia ni kan. Faham-faham sahaja lah ye.
"Kau tunggu sini. Aku pergi ambil makanan seorang. Nanti kau tau sajalah kalau dua-dua dah bangun..sure servis bertukar tangan..heheheheh"
"Ok..ok..hehehehe.. pegi la cepat. Ramai tu.." Joe sudah pun bangun meninggalkanku dan menuju ke gerai nasi lemak.
Tujuh minit sudah berlalu tetapi Joe masih belum sampai lagi. Lama juga aku menunggu. Memang ramai pun yang berada di kaunter tu. Aku belek jam di tangan kriku. Sudah pukul 9.10 minit pagi. Cepatlah Joe.
"Shira... sorry..ramailah... " Dia terus duduk dan meletakkan dulang berisi sepinggan nasi lemak, sepinggan bihun goreng dan dua teh ‘o’.
Joseph hanya memesan bihun goreng. Dalam pinggan dia aku ternampak sebiji telur rebus yang masih belum dikupas kulitnya.
"Joe. Apsal kau tak suruh mak cik tu kupaskan kulit telur tu. Kan senang!!!"
"Ermm.. Ramailah kat situ. Mana sempat dia nak buatkan semua tu. Kalau kau rajin, apakata kau sajalah yang tolong!!!!" Nak tak nak terpaksalah aku tolong. Lagipun kan tadi dia dah tolong ambilkan aku nasi lemak ni.
"Kau ingat tak hari tu kau pernah kasi aku pinjam sebuah buku..." Joe memulakan bicara.
"Ha? Bila masanya aku kasi kau pinjam buku. Kalau dah tau pinjam tu, tak reti-reti pulangkan balik ke.." Aku memang tak ingat langung tentang itu. Aku cuba fikir balik tapi masih belum dapat ingat.
"Nanti-nanti kalau aku senang, aku pulangkan pada kau.. Hey.. Cepat la. Dah lambat ni. Karang lagi lambat kau masuk office. Aku tak pe la. Hehhe…."
Aku pun apa lagi..cepat-cepat habiskan makanan aku.
Friday, October 15, 2010
KASIHKU SELAMANYA
Posted by zalia at 5:14 PM
Labels: karyaku.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
keep up a good job dear..... ko buat aku tertggu ko update.. hampas.... kakakakaka
tq cha!!! hehehe.... cite ni dh lama aku buat. dh siap pun. 1st time menulis. byk giler la yg kurang.. aku rajin2 aku masukla en3 baru. hehehe...tq sbb sudi baca
zalia ... sy cinda .. sy bace laju2 cite awk nie.. sbb nak kejo masa..
awk tahu tahu HA forum da tutup .. hasil usaha slh sorang ahli threat BBT, dia buat 1 forum utk ex-HA forum.. namenye http://www.ttcfriends.co.nr/
jom arr join kami di sini .. :D see ya!!
orait cinda. dh join community dh tp lom join borak... nnti akanku say hai kt kome2 sume....
Post a Comment