“Adoi.. sakit la….” Tanganku meraba dahi yang kurasa amat perit sekarang. Suamiku galak pula ketawa.
“ Yang abang gelak ni nape? Sakit tau x?”
“ Mana sakit? Tak sakit pun…” ketawanya hilang tetapi bibirnya tersungging dengan senyuman mengejek.
“Memang la abang tak sakit. Tapi lia yang sakit tau” Agak kasar aku bersuara. Mungkin rasa sakit yang masih belum hilang menyebabkan aku gagal mengawal perasaan.
“la… sayang ke sakit.. ingat kata kat abang. Dulu masa malam kita kawin lia cakap biar sakit abang lia yang tanggung. Bahagia lia, abang yang rasa. Tu pasal abang cakap abang tak sakit.” Sempat lagi dia nak mengusik aku. Senyum hilang tapi ketawa pulak yang ambil alih.
“jahat la… benci abang…. Uhuk….sakit la bang…” kataku merengek manja sambil mengusap kembali dahiku.
“ tu la… nak kenakan abang sangat kn? Dah terkena balik. Tuhan marah la tu. Kenakan suami…Meh sini abang cium banyak-banyak..” Segera aku menyuakan kepalaku. Memang padan dengan muka aku. Setiap kali aku cuba kenakan dia,pasti aku yang terkena balik. Macam hari ini. Konon nak kejutkan dia apabila tiba di anak tangga terakhir, alih-alih aku pulak yang terlanggar dinding. Terkejut dengan makhluk yang paling aku takuti di dunia. Cicak!! Eee… nak sebut nama pun geli geleman aku rasa.
“betul kata mak kan? Tak baik kenakan suami. Padan muka lia” aku tersenyum malu. Suamiku masih lagi mengusap dan mencium dahiku. Untuk mengurangkan rasa sakit.
*************
“Mama!”
Tersentak aku. Hilang lamunanku sebentar tadi. Laungan anakku, Najwa menghilangkan kenangan. Kepalanya kuusap. Terhantuk tiang semasa berlari dari anak kucing. Lantas kuulangi semula apa yang suamiku lakukan padaku dahulu. Kucium dahinya bertalu untuk mengurangkan rasa sakit. Dahinya sedikit memerah dan bengkak.
“jom masuk dalam. Mama sapu minyak. Sian sayang mama ni ye… sape suruh lari. Anak kucing tu bukan makan orang pun. Dia kecik dari Najwa kan. Penakut sangat..”
“Bukan takut la.. geli. Sakit la ma….” Katanya manja sambil memeluk pinggangku. Tangan kulingkarkan di bahunya sambil kuusap lembut. Dialah nyawaku kini. Penyambung kasih antara aku dan suamiku. Abang…. Lia rindukan abang… kenapa abang tinggalkan lia sorang…..
*************
“ Sabar la Lia… Tuhan lebih sayangkan dia. Jangan la macam ni. Sedih mak tengok….” Kata-kata ibuku hanya seperti angin lalu. Jiwaku kosong, hidupku tiada erti. Semua hilang. Langsung tiada apa-apa lagi. Nyawaku sudah dibawa pergi. Apa lagi yang aku ada? Kosong!
“mak… kenapa abang tinggalkan lia? Abang tak sayang kat lia dah ke? Lia ada buat salah ke mak?” kata-kata ibu aku tidak pedulikan. Mataku masih memandang kosong ke luar. Mengharapkan agar dia pulang. Seperti hari-hari yang lalu.
“Sudah la tu Lia.. Bawak-bawak mengucap. Jom masuk bilik. Rehat ye.. Dah 2 minggu mak kat sini. Kau masih tak berubah. Cuba la terima kenyataan. Kesian Najwa. Dia kecik lagi. Jangan sebab kau dia pulak yang sakit. Dah la tu ye..” Ibu mengangkat tubuhku untuk berdiri. Aku hanya menurut. Tanpa perasaan.
“tak pe la mak.. pergi la rehat. Lia boleh jalan sendiri” aku melepaskan tangan ibuku. Anak tangga aku daki satu persatu.
“ Abang…” Tubuhku jatuh di hadapan katil kami. Masih terbayang-bayang gurau sendanya. Usikan dia pada aku.
“Kenapa cepat sangat abang pergi. Lia terlalu rindukan abang. Belum puas lia hidup dengan abang. Kenapa abang tak bawa Lia sekali. Abang kejam….” Bantalnya ku peluk. Kucium. Ya Allah…. Rindunya aku dengan dia. Dan air mataku gugur lagi..
“Abang…” Tangisku lirih. Akhirnya aku tertidur duduk di lantai. Sambil kepalaku di katil berlapikkan bantal Haikal.
***********
“ Maaf. Kami tak dapat selamatkan dia. Tuhan lebih sayangkan dia.” Ucapan Doktor Kamal seakan bom yang meranapkan seluruh hidupku. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutku. Tiada air mata yang gugur walau setitik. Waktu seakan berhenti. Mati! Sayup-sayup kedengaran suara tangisan, percakapan orang. Tapi satu pun aku tidak faham butir bicaranya.
“ Lia…Lia..” Aku rasa seperti tubuhku digoncang kuat. Aku terkulat-kulat. Kenapa diorang ni bising sangat? Ini hospital la. Bukan pasar pagi! Marahku tapi hanya dalam hati. Mulutku seakan ingin bercakap. Terbuka tapi aku tak tahu apa yang aku nak tuturkan. Yang aku dengar orang menjerit memanggil namaku. Pandanganku gelap. Hitam.
**************
Lia… Lia… Sayup-sayup aku dengar suara ibu memanggil. Terpisat-pisat aku membuka mata. Menggenyeh sedikit. Sakit. Sukar untuk membuka mata akibat tangisan semalam. Pantas aku bangun apabila terpacul tubuh ibu di hadapan pintu bilik. Mukanya pucat.
“Najwa! Demam. Tak berhenti menangis.” Sepantas kilat aku berdiri. Aku berlari ke bilik ibu. Sampai di bilik, terdengar suara anakku yang baru berusia 4 bulan sedang menangis tanpa henti. Naik biru mukanya. Tanpa berfikir panjang, kukendong bayi kecilku menuju ke klinik berhampiran. Maafkan mama sayang. Mama terlalu ikutkan perasaan. Mama takkan lupakan Najwa walau sedetik pun lepas ni. Mama akan kuat untuk Najwa. Maafkan mama ye.. Bisikku dalam hati. Itu janjiku pada Najwa!
“Anak puan demam panas. Dan lagi satu, dia kekurangan vitamin dan kalsium yang sepatutnya dia dapat. Dia menyusu badan lagi ke?” Aku hanya mengangguk.
“Kalau macam tu, puan perlu beri lebih perhatian kepada dia. Saya rasa dah lama dia tak menyusu badan kan?” Pun aku hanya mengangguk. Aku tahu. Sejak kematian Haikal, Najwa seperti aku lupakan. Aku terlalu ikutkan perasaan sedihku tanpa memikirkan bayi comelku yang amat memerlukan perhatian dariku. Sudahlah kasih sayang dari papanya terlalu suntuk dia rasai. Aku pula mengabaikan dia. Kesian sayang mama.. Maafkan mama ye sayang.. Aku mengucup lembut pipi comelnya.
Selepas pulang dari klinik, aku masukkan Najwa ke dalam buaiannya. Tertidur pulas. Mungkin terlalu letih akibat dari rawatan tadi.
“Lia.. Dengarkan apa yang doktor cakap tadi? Kesian anak kau tu. Dia kecik lagi. Dia perlukan kau sekarang. Kau kena kuat semangat. Jangan cepat putus asa. Dia hanya ada kau sekarang. Jangan sia-siakan dia. Jangan ikutkan sangat perasaan kau tu. Mak tau kau sedih. Kau terlalu sayangkan Haikal. Tapi kau sanggup ke kehilangan Najwa pula lepas ni?” Aku hanya memeluk ibu. Aku tahu aku bersalah pada Najwa.
“Mak. Lia mintak maaf. Lia tau lia bersalah pada Najwa. Lia kena kuat. Untuk Najwa. Dia sajalah yang Lia ada. Dia jugalah bukti kasih sayang Abang Haikal. Lia takkan sia-siakan dia lagi lepas ni! Maafkan mama sayang…” aku usap pipi comel Najwa sekali lagi.
“Bagusla kalau macam tu.” Lembut tutur ibuku sambil mencium kepalaku. Memberi semangat kepada aku. Terima kasih mak sebab ada untuk Lia. Aku membalas pelukan ibu.
Janjiku pada ibu, pada Najwa hanya tinggal janji. Aku tetap tidak berubah. Duniaku hanya untuk mengingati Haikal. Sehinggalah pada suatu malam…
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku….
Aku tersentak apabila mendengar bait-bait lagu dari nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza. Aku seakan teringatkan sesuatu. Pantas aku berlari menyelongkar beg tangan. Tini!
DATO’ SITI NURHALIZA – MELAWAN KESEPIAN
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Airmata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku….
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti…
P/S: Puan,
Hayatilah lirik lagu ini baik-baik. Insyaallah, ianya dapat membantu puan.
Aku baca satu persatu lirik lagu tersebut. Sebelum ini aku hanya abaikan sahaja sewaktu Tini menyerahkan sekeping kertas yang berlipat. Aku baca seimbas tanpa mempedulikan maksud Tini. Semuanya kerana fikiranku hanya untuk Haikal. Kegembiraanku telah dibawa pergi bersamanya saat tubuhnya disemadikan. Aku berlari semula ke katilku. Surat dari Haikal turut aku baca untuk ke sekian kalinya. Abang! Lia akan kuat! Untuk anak kita. Tini! Terima kasih atas segalanya. Aku berazam untuk berubah. Sebenar-benarnya berubah. Itu janji aku!
Keesokan harinya, aku mendapat semula kekuatanku yang telah hilang hampir sebulan. Aku memulakan kerjaku seperti biasa sementara menunggu Hartini. Ada sesuatu yang ingin aku ucapkan. Terima Kasih!
“Selamat pagi puan. Awal puan hari ni?” Tini menegurku apabila dia tiba di pejabat. Hartini, pembantuku yang banyak menolong kerja-kerjaku semasa saat ‘murung’ aku. Aku membalas senyumannya. Aku bangun dan berjalan ke arah mejanya sambil meletakkan sekeping kertas di atas meja.
“Terima kasih Tini. Ianya amat membantu saya. Terima kasih banyak-banyak.” Tini mengambil kertas yang aku letakkan di atas meja tadi. Dia membuka lipatan kertas tersebut dan membaca isi kandungannya. Aku Akhirnya dia tersenyum.
“Alhamdulillah… Ianya juga amat membantu saya, Puan. Puan pun tahu kan kisah hidup saya macam mana? Kita serupa saja , Puan. Yang bezanya Puan dapat juga hidup bersama dengan Abang Haikal walau hanya sekejap je. Tapi kenangan tu yang akan puan simpan sampai bila-bila. Puan juga ada penawar kehilangannya dengan kehadiran Najwa. Tapi saya, kehilangan Azam di saat-saat hari bahagia kami yang akan tiba dalam masa seminggu amat menyeksakan hidup saya. Saya belum sempat untuk hidup bahagia bersama-samanya. Belum sempat merasa kasih-sayangnya secara mutlak. Tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayangi dia. Dia bukan jodoh saya.” Bicara Tini selepas kami melepaskan pelukan kami.
“ Buat pertama kali saya dengar lagu ni, saya tertarik. Saya berusaha mencari album Siti Nurhaliza. Saya nak hayati lagi ni betul-betul. Akhirnya saya dapat kekuatan yang saya perlukan masa tu. Saya dapat teruskan hidup saya. Dan akhirnya, inilah yang saya jumpa. Tapi kenangan bersama Azam, tak mungkin saya lupakan. Hidup mesti diteruskan.” Sambung Tini sambil mengusap perutnya yang semakin membonyot. Hamil 5 bulan. Hasil perkongsian hidup bersama pilihan keluarganya, juga pilihan keluarga mertuanya, Azmi. Abang Azam.
“ Terima kasih sekali lagi Tini.” Aku memeluknya sekali lagi. Dan kami meneruskan kerja-kerja kami seperti biasa.
Tahun demi telah berlalu selepas pemergian Haikal. Aku? Masih lagi ingatkan dia. Tiada sedetik pun aku lupakan. Baju dan gambarnya menjadi peneman aku setiap hari setiap malam. Kerinduan pada Haikal tak pernah surut. Aku bahagia dalam bayangan kasih sayangnya. Walaupun dia telah tiada, cintanya, kasihnya, sayangnya tetap ada dalam hati aku. Sentiasa menemani hidupku. Itulah yang menjadi penguat semangatku. Najwa semakin lama semakin membesar. Perangainya, keletahnya, wajahnya sentiasa mengingatkan aku kepada insan kesayanganku, Haikal. Aku pula semakin kuat melawan perasaan sedihku. Aku tahu, pasti Haikal tidak gemar kalau aku sentiasa menangisi permergian.
******************
‘Abang,
Hari ni lia kerja macam biasa. Penat juga kerja hari ni. Banyak sangat bilik nak kena kemas. Biasa la kan. Musim cuti. Mesti ramai orang datang nak bercuti. Berehat. Semua bilik tau lia kena cek. Nasib baik housekeeping ramai. Kejap je siap. Kalau 2-3 orang, mati lia tau x? Mati kena marah la. Tapi, best jugak kan mati, dapat jumpa abang. Heheheh… Lia gurau je.. Abang jangan risau tau. Lia akan jaga diri lia baik-baik. Lia ingat lagi setiap bait yang abang amanahkan kat lia. Jagalah Najwa baik-baik. Dia nyawa kita berdua. Jangan sia-siakan dia. Abang tau lia kuat. Kalau tak, takkan abang pilih lia jadi suri hidup abang walau kita tau abang akan pergi bila-bila masa sahaja. Itu kan yang abang pesan?
Sayang,
Kesian Najwa. Benjol dahi dia. Terlanggar tiang. Lari dari anak kucing. Tu la. Penakut sangat. Macam papa dia. Heheh…. Jangan marah lia. Memang kenyataan pun yang abang memang penakut kucing. Sampai menyorok belakang lia sebab nak lari dari anak kucing. Habis baju lia kena tarik. Sebabnya anak kucing tu berjalan ke arah kita. Padahal dia nak pergi kat ibu dia. Punyala jauh anak kucing tu. Tapi dek kerana takut abang tu, sampai tak jadi nak makan kat situ, bungkus bawak balik. Hahaha…. Kelakar betul tau abang masa tu.’
Ok la sayang. Lia nak mandi jap tau. Nak solat. Muah! Sayang abang!’ Kututup diari biruku. Tempat luahan hati sejak 7 tahun yang lalu.
Seusai solat isyak, aku berbaring di atas katil. Najwa sudah lena di biliknya. Aku mengambil lipatan kertas yang berada di sebelahku.
Sayangku Herlia,
Hari ni abang dah tiada untuk sayang. Tapi abang tau, sayang pasti kuat kan? Sengaja abang tuliskan warkah ni untuk Lia. Sebab apa tau? Sebab abang kenal sangat dengan permaisuri hati abang ni. Tentang hati dan perasaan puteri abang ni.
Lia,
Pertama kali abang jumpa Lia, abang tau, hati abang telah terpaut pada Lia. Bukan kerana rupa, tapi kerana hati lia. Abang seakan dapat membaca segala-galanya pasal wanita yang abang jumpa buat pertama kali dalam hidup abang. Sayanglah orangnya. Ingatkan pertama kali pertemuan kita? Seorang Puteri yang membantu seorang lelaki comot yang lari dari seekor anak kucing. Hihihi! Lucu betul masa tu. Semua orang gelakkan abang. Ye la! Lelaki yang umurnya hampir 30 tahun, tapi masih takutkan anak kucing. Hahaha! Tapi lia tak. Lia tolong abang. Lia angkat anak kucing tu letak jauh dari abang. Walau semua orang kutuk abang pasal takutkan anak kucing, abang x kisah. Nak kata lembik ke apa, abang tak heran. Sebabnya abang memang takutkan anak kucing! Tapi anak kucing je tau. Emak kucing, bapak kucing, abang kucing, malah kakak kucing abang tak takut pun. Eh! Silap. Bukan takut, tapi geli. Hehehe…
Sayang,
Sejak pertemuan tu, abang tak boleh lupakan lia. Setiap hari abang nak jump alia. Walau kerja abang dah habis, abang sengaja lalu kat depan hotel. Sebabnya abang nak jumpa lia. Abang tau, pasti lia akan sentiasa ada di hadapan hotel tu. Sebabnya kan kerja lia sebagai penyambut tetamu. Penyambut tetamu? Hahaha…. Tu pun kelakar juga. Ade ke abang leh cakap lia penyambut tetamu? Padahal lia ni Pengurus Operasi. Yang tak bestnya bila sayang cuti. Rindunya abang kat lia, Tuhan je yang tau. Itu sebabnya abang tak tunggu lama. Tak sampai sebulan, abang dah approach lia. Lamar terus. Masa tu lia terkejut habis kan? Mula-mula tu takut juga. Bukan apa.. abang kan hanya kerja biasa je. Sekolah pun tak tinggi mana. Mana layak nak bergandingan dengan sayang yang bagai langit dengan bumi dengan abang ni. Tapi abang kuatkan semangat abang. Abang berdoa pada Tuhan. Sekiranya lia jodoh abang, lia akan tetap terima abang, seorang pemandu lori bagi Megah Corporation Sdn. Bhd. Tapi Alhamdulillah, lamaran abang lia terima. Rupa-rupanya sayang pun minat kat abang ye…. Muah! Sayang dia! Dalam masa 3 bulan, kita dah sah jadi suami isteri.
Puteriku,
Sepanjang hidup bersama lia, abang seakan lupa dengan penyakit yang abang hidapi selama ni. Lia buatkan abang hidup bahagia sampai abang tak sanggup nak tinggalkan lia. Tinggalkan anak kita yang lia kandung. Setiap masa abang berdoa. Semoga Tuhan panjangkan umur abang. Walau tidak lama, cukuplah sekiranya abang dapat menatap muka pengikat kasih sayang kita. Saat lia khabarkan berita gembira pada abang, seakan abang hendak melompat kat situ juga. Kat Secret Recipe. Sayang sengaja merengek manja. Nak makan kat luar. Makan kek SR. Padahal abang tahu, lia bukan suka sangat makan benda manis-manis ni. Yang kuat makan kek ni, abang la. Hehehe…..
Malam tu sayang cantik sangat. Dengan gaun biru, tudung bunga dengan warna sedondon. Warna kegemaran abang. Lepas kek sampai di meja, abang rasa pelik. Sebabnya waitress tu letakkan sebiji kek atas meja dan sekotak hadiah kecil. Setahu abang bukan hari jadi abang. Bila abang buka hadiah tu, lagi la abang terkejut. Pampers? Lawak betul la. Abang macam orang bodoh je masa tu. Abang siap perli lia lagi. Apa abang kata? Pampers lia dah habis ke sampai nak pakai pampers baby. Hahaha.. Masa tu merah muka lia sebab marah kat abang. Tapi akhirnya lia senyum je sambil hulurkan sekeping kad kat abang. Abang ambil dengan muka berkerut. Ada kad lagi? “UNTUK ABANG YANG LIA SAYANGI, BENIH CINTA KITA SEDANG MEKAR DALAM DIRI LIA. ALHAMDULILLAH, LIA DAH MENGANDUNG HAMPIR 2 BULAN. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA. LIA SAYANG ABANG!” Itu kata-kata yang lia tulis dalam kad comel tu. Masa tu abang dah tak fikir apa lagi. Pantas abang peluk lia, cium dahi lia walau orang ramai di sana. Semua orang bertepuk dan mengucapkan tahniah pada kita. Terima kasih sayang. Sayanglah nyawa abang
Aku usap kad kecil yang masih elok di tapak tanganku. Aku menyambung semula bacaanku.
Sayang…
Saat Najwa lahir dalam hidup kita, abang semakin tamak. Tamakkan waktu dari Tuhan. Abang tak nak mati lagi. Belum puas abang hidup dalam kasih sayang lia. Belum puas abang menatap wajah puteri comel kita. Tapi apakan daya. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan segalanya. Penyakit abang makin lama makin teruk. Sampaikan semua benda abang tak boleh nak buat. Semua lia kena buat. Makan, minum, mandi semua lia buat. Sampaikan nak tidur pun lia kena uruskan. Masa tu jugak abang mintak Tuhan cabut je nyawa abang. Tapi senyuman lia membunuh perasaan itu. Berdosa abang pada Tuhan sebab seolah-olah tidak redha menerima takdirNya.
Lia terlalu mulia di mata abang. Abang tahu abang tidak salah pilih. Kasih sayang lia, kesabaran lia melayan semua kerenah abang membuatkan abang bersyukur pada Tuhan sebab temukan abang dengan wanita yang begitu mulia. Abang tau, lia banyak makan hati dengan perangai abang. Maafkan abang ye sayang. Abang terlalu mengikut perasaan abang. Kadang-kala, bila sakit abang datang, marah abang tidak menentu. Salah sikit, lia lah jadi mangsa. Tapi, lia tetap sabar. Terima kasih sayang sebab sanggup terima abang seadanya abang.
Isteriku tercinta..
Jagalah Najwa baik-baik. Dia nyawa kita berdua. Jangan sia-siakan dia. Abang tau lia kuat. Kalau tak, takkan abang pilih lia jadi suri hidup abang walau kita tau abang akan pergi bila-bila masa sahaja.
Terima kasih di atas kasih sayang lia. Maafkan abang di atas segala kesalahan abang pada lia. Abang maafkan segala kesalahan lia walau abang tau lia tiada salah pada abang. Sayang jangan terlalu sedih dengan pemergian abang. Terimalah segala ketentuan Tuhan. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Abang halalkan segala-galanya pada abang untuk lia. Jagan sedih-sedih ye sayang. Semoga lia dapat bertemu jodoh lain yang lebih baik untuk lia. Abang tau, lia memang layak untuk sesiapa sahaja insan yang bernama lelaki kerana budi pekerti lia yang begitu hebat.
Berbahagialah sayang untuk selama-lamanya…
Dari suamimu yang amat mencintai dirimu...
Haikal Aiman.
Aku melipat kembali surat yang menjadi sumber kekuatan aku. Surat dari Haikal yang tak putus-putus aku baca setiap hari. Itulah sahaja penguat semangat untuk aku meneruskan hidupku sehari-hari. Cuma satu saja yang tidak mampu aku lakukan. Kasih sayang aku hanya untuk Haikal. Bukan orang lain. Takkan ada penggantinya. Sampai bila-bila.
“Selamat malam sayang. Jumpa lagi esok. Muah! Sayang abang!” Aku mengiring memandang gambar dan bajunya di sebelahku. Aku sentuh gambarnya yang aku letak di atas bantal. Kucium bajunya yang aku hamparkan di sebelahku. Aku usap perlahan. Itulah penemanku setiap malam sebelum aku lena dibuai mimpi bersamanya.
**TAMAT**
Wednesday, June 16, 2010
MELAWAN KESEPIAN
Posted by zalia at 1:09 PM
Labels: karyaku.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment